Skip to main content

Posisi Tidur Terbaik Ketika Hamil

Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki.
Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan.
Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan.
Tidur dengan posisi mengiring ke kanan juga baik. Jadi, anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Bagi yang kekok untuk tidur dalam posisi sebegini, ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi. Bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung. Anda juga boleh menggunakan bantal tidur yang disediakan khusus untuk ibu hamil.
Selepas hamil 16 minggu, anda tidak lagi digalakkan untuk tidur secara menelentang. Hal ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan iinferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah.
Selain itu, ia turut mempengaruhi tekanan darah. Ada segelintirnya mengalami penurunan tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Tidak kurang, ada juga yang mengalami peningkatan tekanan darah. Oleh kerana itu, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil, posisi ini sama sekali tidak boleh dipraktikkan.


Bagi yang tiada komplikasi pula, anda masih boleh sekali-sekala tidur terlentang, tetapi jangan terlalu lama. Jika ingin bangun dari tidur secara terlentang pula, dinasihatkan agar tidak melakukannya secara mendadak.
12 Panduan Atasi Masalah Tidur
1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.
2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.
4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.
5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.
6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.
7. Bantal Yang Menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.
8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.
9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.
10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.
11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.
12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.

Comments

  1. hai, bila dah bersalin dan nak rawat badan macam kat slimming program tu, lawatla blog saya atau like fb Nuskin hanijelita. manalah tau terfikir nak buat rawatan sendiri dgn harga mjimatkan. mobail galvanic spa boleh mgmbalikan bentuk tubuh macam pakej rawatan mahal tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY

Mrs. Mimi     buat Giveaway kali kedua ini kerana GA kali ini ada pihak yang berbesar hati nak taja hadiah. Jadi terdapat 10 orang yang bakal memenangi hadiah yang disediakan....Maka makin happing dan syok untuk para peserta.... Peluang untuk memenangi amat besar, jadi sila sertai dan ajak rakan-rakan blogger anda yang lain join...Jika penyertaan menggalakkan, hadiah akan bertambah lagi...Insyaallah... Syarat-syarat Penyertaan 1. Mesti jadi follower:   PeoNy PiNky OzZie ZyMah DyaHaHa 2. Buat entry tajuk :   " GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY " 3. Letak banner macam kat ATAS TU : (Bahagian sidebar dan dalam entry post) 4. Tag 2 orang rakan anda...Pastikan mereka tahu mereka di tag... 5. Link kan post entry anda di bahagian komen bawah entry ini ...   6. Tarikh tamat penyertaan pada  20 JULAI 2011 jam 12 tengah malam. p/s: Mereka yang bernama di atas itu juga adalah penaja dan juri untuk menyemak syarat penyertaan...

JOM JOIN GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY!!!

STICKY POST ( 30/04/2011) SILA SCROLL DOWN UNTUK ENTRY POST TERBARU) Festime Mrs. Mimi buat Giveaway ni...Mula-mula takut gak, mana tahu tak ada orang join...Tapi buat jela, coz sempena bulan April yang akan tiba ini, Mrs. Mimi nak bagi hadiah dan mereka yang bertuah.. Maklum la, Mrs. Mimi lahir bulan April... Kebetulan bulan April memang bulan fevet Mrs. Mimi . Hopefully ramai yang join... Hadiah nanti Mrs. Mimi update next entry....Jika penyertaan menggalakkan, hadiah dan pemenang akan di tambah... Syarat-syarat Penyertaan 1. Mesti jadi follower PeoNy PiNky 2. Buat entry tajuk : " GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY " 3. Letak banner macam kat bawah ni : (Bahagian sidebar dan dalam entry post) 4. Tag 3 orang rakan anda...Pastikan mereka tahu mereka di tag... 5. Link kan post entry anda di bahagian komen bawah entry ini ... 6. Tarikh tamat penyertaan pada 30 APRIL 2011 jam 12 tengah malam. Buat permulaan, Mrs. Mimi nak tag: Zaimah Khumaera Yaya

I ♥ HANDMADE....

Ekceli, tak la terer sangat nak buat kraf-kraf tangan yang kreatif dan superb cantik-cantik tu...setakat sikit-sikit, boleh la...tapi serious aku memang suka handmade ni, nampak unik dan lain dari yang lain... Jom tengok hasil titik peluh tangan sendiri mengait...hehehe... mafla untuk si dia...   ni mafla khas untuk akak aku @ ALONG Ni mafla gak, tolong member aku buat...hehe...tiba-tiba gatal tangan tu rajin nak pi tolong dia...hehe... p/s: nak tengok lebih banyak lagi barang-barang yang buat sendiri...  JOM SINGGAH dan FOLOW BLOG  CUTE BEAUTY LINE .. !!! walaupun baru je promote dalam blog dan facebook, mereka sebelum ni dah pernah menerima tempahan dari kenalan terdekat dan sedara- mara,so ni nak bagi peluang kat semua memiliki barangan yang limited edition tu... kebanyakkan customer berpuas hati dengan hasil barangannya, yang penting sebab LIMITED EDITION dan majority semua barang by handmade...