Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012
Yeaaaaaaaaaaaah, hari yang ditunggu makin hampir   Mrs. Mimi  dan en. suami nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin... Semoga kita berjumpa lagi wahai bulan ramadhan yang mulia. Amin... *Credit gambar tu qp En. Suami @bard_ismail

Amalan Sunat Di Hari Raya

Menjelang Kemeriahan di bulan Syawal, marilah kita mengamalkan 10 amalan sunat berkaitan Aildilfitri yang diamalkan Nabi kita Muhammad SAW sebagai sunnah baginda dan para sahabatnya.  1. Bertakbir Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri. 2. Lafaz ucapan selamat  Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”

Raya

Tinggal beberapa hari sahaja, kita sebagai umat Islam akan menyambut hari kemenangan kita iaitu Hari Raya Aidilfitri. Secara rasminya tahun ini,  Mrs. Mimi  akan meraikan hari lebaran sebagai seorang isteri. Persediaan Hari Raya telah dilakukan awal supaya kami tidak kelam-kabut nanti. Perasaan  Mrs. Mimi  ketika ini, macam-macam ada..(dah macam iklan ASTRO plak)... Perasaan gembira semestinya ada, maklumla pertama kali beraya sebagai isteri dan beraya bersama keluarga mertua. Sedih pun ada, sebab  Mrs. Mimi  terfikir, macam mana la perasan  Mrs. Mimi   bila bukan beraya dengan keluarga kandung. Insyaallah, pengalaman baru semoga semuanya baik hendaknya.

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya……….. suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu? Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah d

Ramadhan Part 2

 Amalan-amalan di bulan Ramadhan 1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2) Menempah pakaian untuk Ramadhan 3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan 4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam 5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat) 6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian) 7) Solat berjemaah setiap waktu Solat jemaah di masjid/surau 8) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek 9) Sahur diwaktu akhir 10) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 11) Mandi Janabat sebelum Imsak 13) Kurangkan tidur 14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh) 15) Tunaikan Solat Dhuha 16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor) 17) Tunaikan solat Rawatib 18) Jaga pacaindera 19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang 20) hadiri majlis ilmu 21) Buat baik pd ibubapa 22) Isteri hendaklah taat pd suami 23) Banyakkan bersedekah 24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air

Ramadan Part 1

 Sejarah Ramadhan   1) Ramadhan: ertinya panas terik  2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)  3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.  4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.  5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.  6) Di pilih untuk ibadat puasa.  7) Di pilih untuk ibadat2 lain  Kelebihan Bulan Ramadhan  1) Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)  2) Bulan penuh keberatan  3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan  4) Amal sunat sama dengan solat fardhu  5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda  6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga  7) Bulan menambah rezeki Memberi buka banyak pahala  8) Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. - juga doa pada sepertiga malam.  9) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - penga

ZALORA menipu???

Salam... Hai, lama tak update blog ni...  Mrs. Mimi  cuma nak berkongsi dan bertanya pendapat korang tentang ZALORA!!!! Betul ke ZALORA menipu???  Mrs. Mimi   cuma nak kepastian, kalau ada pembaca yang nak berkongsi pendapat sila komen atau share entry tentang pendapat korang..   Berikut adalah kes yang pernah terjadi:- KES 1 KES 2 p/s: Sumber dari google.. :)