Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Funny

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya. Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..." Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek). Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek." Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?" Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya." Rahmat : "?????" ----sumbangan:   Firdaus p/s: Ini hanya untuk berkongsi dan menghiburkan hati... sumber : gelihati

Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok. Cikgu:   Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan. Murid:   Tapi cikgu, hadiah yang macam mana? Cikgu:   Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh.. Murid-murid:   Ohh…. begitu.. Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu …. Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak! Mamat:   Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas. Cikgu:   Ya.. Allah, batu nesan Mat????? Mamat:   Ha….aaa (dengan bangga) Cikgu:   Ayah kamu kerja apa? Mamat:   PENGGALI KUBUR cikgu. Cikgu:   Patutlah. ---- Sumbangan:  Cikgu Usman p/s: Ini hanya untuk berkongsi dan menghiburkan hati... sumber : gelihati

Kerana cucuk!!!

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan...

Kisah Burung Kakak Tua

Seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya. Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punya burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru. Setiap pagi ada 3 orang cikgu wanita melintas di hadapan rumah tuan punya burung ini dari kuaters guru ke sekolah. Oleh itu setiap hari burung kakak tua perhati 3 orang cikgu yang bertudung litup berulang alik dari kuarters ke sekolah begitu juga dalam perjalanan pulang. Setiap hari burung ini tengok cikgu-cikgu tu dari atas bawah, atas ke bawah. Bila dia boring dia menyanyi -nyanyi, bersiul-siul atau baca sifir 12. Lama-lama bila bertambah boring dan ketika kebetulan dia ternampak cikgu-cikgu wanita berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah, burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia. Kemudian sambil tonyoh-tonyoh sikit mata dia sambil k...