Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Renungkan~

 السلام عليكم  Mrs. Mimi  bersyukur kerana masih mampu lagi bernafas hari ini. Alhamdulilllah,  Mrs. Mimi  bersyukur kerana Allah memberikan kesempatan untuk  Mrs. Mimi  berkongsi cerita atau pendapat bersama pembaca sekalian. Mungkin ada yang perasan, entry  Mrs. Mimi  minggu ini semuanya agak formal, tetapi jujur  Mrs. Mimi  katakan, ini yang terlintas di minda  Mrs. Mimi  ketika menulis entry ini.  Mrs. Mimi  selalu ingat dan pegang satu firman Allah: Dan sesungguhnya Allah akan menguji seseorang mengikut kemampuannya seperti yang telah tertulis di dalam  Surah Al-Baqarah ayat 286  : “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ” Dan  Mrs. Mimi  sedar, semua yang berlaku hari ini, ada hikmahnya. Belajarlah dari kesilapan, entry ini bukan untuk mengingati kamu semua sahaja, tetapi ini amat penting pada  Mrs. Mimi  supaya sentiasa ingat dan tidak akan ulangi kesilapan yang dilakukan. Allah sayang umatnya, sebab itu dia diuji....Tenang ha

#2 Wordless wednesday

Now I wants to learn and change my life.

 السلام عليكم  Mrs. Mimi  doakan semua pembaca dan pengikut blog ini sihat sentiasa. Berbalik pada topik di atas,  Mrs. Mimi  sedar dan mengaku, kini  Mrs. Mimi  mula berubah menjadi seorang yang tidak ambik kisah, sensitif, pelupa, lalai dan alpa.  Mrs. Mimi  tersentak dan tersedar apabila semua ini dah terjadi. Walaupun berulang kali diingati, tetapi  Mrs. Mimi  tetap ambil endah tak endah.. Kini baru  Mrs. Mimi  sedar yang  Mrs. Mimi  telah jauh sekali berubah dari diri  Mrs. Mimi  yang dulu.  Mrs. Mimi  selalu melakukan kesilapan, selalu lupa siapa  Mrs. Mimi  yang dulu. Memang setiap manusia itu melakukan kesilapan. Walaupun kesilapan kecil atau besar, ia tetap kesilapan..tetapi   Mrs. Mimi  mudah selesa dengan melakukan perubahan sekecil zarah. Sekarang kalau nak menyesal pun dah tak guna, terima kasih kepada insan yang telah menyedarkan  Mrs. Mimi , Betul kalau kita menyesal tetapi tetap tidak berubah, memang tidak ada gunanya. Sekarang  Mrs. Mimi  mengaku dan sangat-sangat me

Bagaimana 'Maaf' Dalam Pandangan Islam?

Setiap manusia pernah melakukan kesalahan. Kesalahan, kekhilafan adalah fitrah yang melekat pada diri manusia. Rasulullah saw bersabda: "Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT". Ini bererti bahwa manusia yang baik bukan orang yang tidak pernah berbuat salah, sebab itu mustahil kecuali Rasulullah SAW yang ma’shum (sentiasa dalam bimbingan Allah SWT). Tetapi, manusia yang baik adalah manusia yang menyedari kesalahannya dan segera bertaubat kepada-Nya. Dalam Islam, mampu memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa (muttaqin). Allah SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang

Blackberry Megasales

[BlackBerry Smartphone вв™ complete set (without mmc)] Manufacturer: Research In Motion Limited 295 Philip St, Waterloo, Ontario, N2L 3W8, CANADA Contents: -Travel Charger with appropriate plug -Removeable Battery -BlackBerry Headset -Documentation Kit + CD - ROM -Manualbook -Magnetic Pouch -Screen Protector -USB Cable - 1 year warranty ~SPECIAL PRICE~ • Вв™ Curve 8520 - RM600 (Pearlwhite and Black) • Вв™ Bold 2 - RM950 • Вв™ Bold 3 - RM1350 • Вв™ Torch - RM1460 * LIMITED STOCK!! STEP: - Order before Saturday (014-235 2310) - Make payment before Monday (12pm) *Bank in* -Your BlackBerry will delivered on Tuesday/Wednesday (Only for Lembah Kelang-area PJ,Gombak,and Setapak) *1st come,1st serve*

Perbezaan antara iphone dengan blackberry

  Mrs. Mimi  nak share dengan semua 10 perbezaan antara BB dan iPhone: dari segi : DESIGN Design kalo nak dibandingkan, iphone lagi nampak menarik dan ia telah membuat satu revolusi kepada dunia. dan design iphone juga bg mengelakkan daripada syarikat lain meniru design iphone. D esign iphone nampak cool daripada blackberry. E-MAIL  Kalau dari segi e-mail, blackberry yang terbaik,  sebab dalam blackberry, ade satu alat yang ada di set kat dalam blackberry itu dan ia di panggil Microsoft Exchange, mempunyai perkhidmatan push email dengan pantas dan sekiranya ada email masuk, ia serta merta kuar kat LED blackberry. CAMERA Sebahagian besar blackberry memiliki camera lebih baik dari iphone. Contohnya: blackberry storm yang memiliki 3.2 mp dengan image stabilizer, auto focus, white balance, zoom setting, dan flash. Iphone pula sebaliknya, tidak begitu cantik bila mengambil gamba, dalam phone memang nampak cantik, tapi bila ia di upload ke dalam computer, tidak seperti yg kita lihat

” Saya nak jadi Follower Bertuah – Aidanatasya[dot]com”

klik untuk join Teruje    Mrs. Mimi    dgn GA nie sebab hadiah die best sangat!!! Ape die? Perfume!! for men for men for girls for girls Tutup mulut tu. Jangan biar nganga.. Terkesima tak korang tgk? Nak jugak? Join GA nie dgn klik banner atas skali tu.. Tarikh tutup die 31/7/2011

#1 Wordless wednesday

Contest Blog Saya Comel

  Syarat penyertaan contest nie mudah jew.. 1.Follow blog n like page  (KLIK SINI) 2.Buat satu entry mengenai contest nie n tag kpd 4 org ~ Ozzie ~ Ben ~ Stephy ~ Khumaera 3.Last sekali...tinggalkan link kowg dekat comment box  SINI

Adap mengelak daripada mengigau

Adab tidur dalam Islam seperti yang diamalkan Rasulullah s.a.w. antaranya:- (1) Tidur awal dan mengambil wuduk,  (2) Bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud,  (3) Membaca doa sebelum tidur,  (4) Membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas sebanyak tiga kali, kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan sekadar yang mampu tercapai tangan, (5) Tidur atas lambung sebelah kanan (6) Mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar. Mudah-mudahan dengan mengamalkan adab tidur itu dapat mengelak daripada mengigau. p/s:mari kita amalkan bersama-sama...

Cantik macam Sandra Bullock

Mrs. Mimi  suka sangat tengok dia, sebab kulit dia bersih je...Kalau makeup pun, tak tebal-tebal...Natural Beauty, I like!!! Jenama produk kecantikan yang Sandra Bullock guna adalah Artistry ...Wow!!! Awesome!! Keratan akhbar mengenai Sandra Bullock dan kecantikan Artistry merupakan produk kecantikan yang jualan tahunannya melebihi $1 bilion.  ARTISTRY adalah antara lima jenama penjagaan kulit muka dan kosmetik warna berprestij yang paling laris di dunia selama lima tahun. Dia mention yang dia pakai Artistry  di SINI Mrs. Mimi  rasa baik beli sesuatu yang bernilai dan ia memberikan kita nilai..huhu...Maka  Mrs. Mimi  mencuba produk Artistry, alhamdulillah kepuasannya sangat dirasai...  Mrs. Mimi  pakai Essential Balancing System... Pendapat  Mrs. Mimi  tentang produk ini, bau dia sangat menyenangkan dan soft je....Selepas cuci muka pun, bau masih ada...Kalau sebelum tidur pakai, memang lena je tidur bila muka terasa segar.... Produk yang pakai ini adalah berfungsi untuk

Website di Malaysia di GODAM!!!

Sekarang fenomena ini riuh diperkatakan di negara kita...Kenapa perlu godam-godam ni????Dah tak ada kerja lain ke wei!! ni Ada senarai yang kena godam:- SabahTourism.com – Hacked + leaked Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) – Hacked Tourism Malaysia – Unaffected UiTM Penang – Hacked JBiotech - Hacked Social Welfare Department (Ezi2Care) – Hacked CIDB – Hacked but back up 12:20am Land Public Transport Commision – Hacked but back up 12:15am 1Malaysia – DoS / Switched off 3:45am Malaysian Communications and Multimedia Commission - Unaffected ASEANConnect – DoS / Switched off Malaysian Meteorological Service – DoS / Switched off Ministry of Education – DoS / Switched off Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia – DoS / Switched off Bomba - DoS / Switched off TMNet - Unaffected Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off Kementerian Kerja Raya Malaysia - DoS / Switched off Parlimen Malaysia – DoS / Switched off Malaysian Treasury – DoS / Switched off University Kebangsaan Malaysia – DoS / Swit

Blackberry Curve 8520 Megasales

Manufacturer: Research In Motion Limited 295 Philip St, Waterloo, Ontario, N2L 3W8, CANADA Contents: -Travel Charger with appropriate plug -Removeable Battery -BlackBerry Headset -Documentation Kit + CD - ROM -Manualbook -Magnetic Pouch -Screen Protector -USB Cable - 1 year warranty RM600 (Pearlwhite and Black)   LIMITED STOCK STEP: -Order before Friday (014-235 2310) -Make payment before Monday (12pm) *Bank in* -Your BlackBerry will delivered on Tuesday *Provide BlackBerry Smartphone ID setting for Hotlink users (RM10 will be charged) -Facebook -Twitter -BlackBerry Messanger

MAKAN ANGIN BERSAMA GENKCORNER

Khumaera Ozzie Ben Kamsiah p/s: Nak join klik banner atau SINI

Fonomena gerhana bulan

Dilaporkan fenomena gerhana bulan ini akan dapat disaksikan pada 16 Jun (Khamis) diantara jam 1.25 Pagi ke 6.59 Pagi. Sama-sama la kita nantikan fenomena yang jarang sekali berlaku ini.. SubhanaALLAH.   Umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku esok (Khamis). Niat solat gerhana bulan Kejadian Gerhana Bulan

Keturunan Haji Hamid & Hajah Samiah berkumpul di Facebook

  Mrs. Mimi  suka sangat, teruja pun ada...mana tak ye, bayangkan keturunan Haji Hamid & Hajah Samiah berkumpul di facebook...Dari atuk, pakcik, anak buah, cucu, cicit, semua di satukan dalam group ni... Riuh sakan la facebook  ni... Walaupun jauh, tapi kteorang still boleh keep in touch dalam facebook... Bagus sangat sebab, boleh la merapatkan lagi hubungan persaudaraan antara kami. Buat uncle    Mrs. Mimi  yang terfikir dan create group ni, tahniah dan terima kasih... Baru je create, dah ada lebih 50 orang, insyaallah misi uncle    Mrs. Mimi  nak kumpul anak moyang yang 8 orang adik beradik tu akan berjaya...Chayok-chayok!!!! p/s: Jangan jelez,    Mrs. Mimi  ada, korang ade ke???hahahaha (cakap nada berlagak)

Nafsu ke???

Mrs. Mimi   pun tak tahu, ni nafsu ke, kebulur ke apa??? Kejadian ni berlaku hari sabtu dan ahad lepas, pada hari sabtu malam. Kami semua pergi makan malam sebelum balik...Hah, ambik ko order SIAKAP 3 RASA, TOMYAM, SAYUR KAILAN IKAN MASIN, & TELUR DADAR....(Banyak betul order)...Makan punya makan, sedar-sedar ikan besar tu terus tinggal tulang...Hahahahahahaha Bukti kat bawah ni : v v v v v v v v Setelah dihias semula...hehe Hari ahad pula, mula-mula pagi tu  Mrs. Mimi  sarapan susu kambing ais + kuey teow goreng...tapi disebabkan kuey teow goreng  tu sampai lambat, perut  Mrs. Mimi  pun dah  kenyang dengan minum susu kambing.... Jadi kuey teow goreng tu  Mrs. Mimi  suruh  bungkus je...sempat makan dua suap je....Lepas itu, masa rehat untuk minum pagi, kami peserta kursus disediakan nasi lemak daun pisang dengan air teh 'o'...Boleh plak  Mrs. Mimi   makan dua bungkus nasi lemak...huhu...tak pasal-pasal je...     Nasi lemak dia, lebih kurang macam ni, entah nafsu ma