Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Petua Tenang Jiwa

Ingat 2 perkara Ingat kebaikan orang kepada kita supaya kita mencontohinya Ingat kejahatan kita kepada orang supaya kita berhenti melakukannya Lupa 2 perkara Lupa kebaikan kita kepada orang supaya kita tidak riak dan ujub diri Lupa kejahatan orang kepada kita supaya kita tidak berdendam:)  

Nikmatnya menjadi seorang wanita

Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak. 1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat. 2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 3. Wanita yang beri susunya kepada anaknya mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya. 4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad. 5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat. 7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga

Marah dan menangis serta ketawa???

Hidup kita ini memang kompleks, kadang-kadang kita mudah merasa gembira dan tertawa riang,  sedih dengan menangis dan marah kerana beremosi. Itu adalah lumrah kita sebagai manusia, tetapi pernahkah kita mensyukuri kewujudan perasan dan perbuatan itu. Disebalik tertawa, menangis dan marah ada manfaat dibalik perasaan itu. Fakta yang perlu anda ketahui : MARAH 1. Menurut Charles Spielberger, Ph.D., seorang ahli psikologi yang mengambil kajian khusus tentang marah. Marah adalah suatu perilaku yang normal dan sihat yakni sebagai salah satu bentuk ekspresi emosi manusia. Seperti bentuk emosi lainnya, marah juga diikuti dengan perubahan psikologi dan biologi. Ketika marah, denyutan nadi dan tekanan darah meningkat, begitu juga dengan level hormon, adrenalin dan noradrenalin. 2. Mark Gorkin—seorang konsultan pencegahan stres dan kekerasan— membahagikan marah dalam empat kategori; marah yang disengaja, marah spontan (marah yg dilakukan secara tiba-tiba), marah konstruktif (marah yang d

Kini ku bergelar seorang isteri

Tanggal 20 Januari 2012 bersamaan 26 Safar 1433 Hijrah dengan sekali lafaz sahaja, kini  Mrs. Mimi  a.k.a  Nor Hamizah Azmi  telah bergelar seorang isteri yang sah kepada  En. Zulfadzli Ismail . Semoga ikatan perkahwinan kami sentiasa dirahmati Alllah dan  berkekalan hingga ke syurga... Amin… Menunggu saat-saat untuk masuk ke majlis pernikahan... Alhamdulillah setelah selesai majlis pernikahan Malam berinai tema maroon... Mrs. Mimi  dan  Mr. Bard   suka warna baju ni, sebab kami nampak menyerlah dengan warna baju ni...Makeup dia pun  Mrs. Mimi  suka sangat... Dihari majlis persandingan pula, kami pilih warna   Pink   dan  hijau ... Baju yang ini,  Mr. Bard   yang reka...SUKA SANGAT SANGAT SANGAT!!!!! Thanks huny~ Baju yang dipakai semasa majlis potong kek... Gambar dibawah adalah gambar semasa outdoor  photoshoot:- Sebenarnya, banyak lagi gambar lain tapi sementara ini  Mrs. Mimi  update gambar yang ini je dulu..... Credit to:- Photographer by   Ridzuan I