Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

19 weeks +++

Alhamdulillah, selesai sudah medical checkup untuk bulan ni semalam dan pagi tadi pergi check gigi untuk mengandung... Baby pun alhamdulillah sihat walaupun  Mrs. Mimi  sendiri yang tak berapa sihat, maklum la musim hujan ni,  Mrs. Mimi  kena selsema dan batuk tapi sekarang dah makin elok. Saat yang paling mengembirakan, bila dengar denyutan jantung baby dan merasakan gerakan baby...^_^ Mrs. Mimi  bersyukur dan sangat-sangat berterima kasih pada Allah sebab bagi pengalaman yang amat bermakna bagi  Mrs. Mimi . Bila merasakan gerakan baby,  Mrs. Mimi  mula-mula tak yakin, betul ke apa yang  Mrs. Mimi  rasa tu gerakan baby atau hanya perut  Mrs. Mimi  yang lapar..hehehe.... Apabila nurse tanya  Mrs. Mimi  dah rasa gerakan baby???  Mrs. Mimi   tanya balik nurse tu, rasa macam mana bila baby tu gerak???...(maklumla, first baby...mana ada pengalaman lagi)...Nurse cakap kita akan rasa macam perut kena jentik-jentik tapi tak sakit la... Barula  Mrs. Mimi  tahu yang firasat  Mrs. Mimi  selama

Posisi Tidur Terbaik Ketika Hamil

Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki. Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan. Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkaka

13 weeks

Ni gambar baby masa usia 13 minggu dalam kandungan...Alhamdulillah, baby sihat...Doakan semoga semua berjalan dengan lancar..

Good News

Alhamdulillah... Berita ini amat mengembirakan  Mrs. Mimi  dan Mr. B ... Pada akhir bulan september,  Mrs. Mimi  sudah mula pening-pening dan tak sedap badan. Pergi klinik doktor kata demam biasa sahaja. Jadi tak ada la cek yang lain...Bila period dah mula tak datang,  Mrs. Mimi  pun cek UPT...Mula-mula warna dia tak berapa clear...macam gambar bawah ni :- cute baby Comelnya dia... suka mata baby ni Selepas 3 minggu lewat datang period,  Mrs. Mimi  cek lagi... Alhamdulillah.... p/s Hopefully everything will be smoothly. Wish the best for us.