Skip to main content

Marah dan menangis serta ketawa???

Hidup kita ini memang kompleks, kadang-kadang kita mudah merasa gembira dan tertawa riang,  sedih dengan menangis dan marah kerana beremosi. Itu adalah lumrah kita sebagai manusia, tetapi pernahkah kita mensyukuri kewujudan perasan dan perbuatan itu. Disebalik tertawa, menangis dan marah ada manfaat dibalik perasaan itu.



Fakta yang perlu anda ketahui :

MARAH



1. Menurut Charles Spielberger, Ph.D., seorang ahli psikologi yang mengambil kajian khusus tentang marah. Marah adalah suatu perilaku yang normal dan sihat yakni sebagai salah satu bentuk ekspresi emosi manusia. Seperti bentuk emosi lainnya, marah juga diikuti dengan perubahan psikologi dan biologi. Ketika marah, denyutan nadi dan tekanan darah meningkat, begitu juga dengan level hormon, adrenalin dan noradrenalin.

2. Mark Gorkin—seorang konsultan pencegahan stres dan kekerasan— membahagikan marah dalam empat kategori; marah yang disengaja, marah spontan (marah yg dilakukan secara tiba-tiba), marah konstruktif (marah yang disertai ancaman terhadap orang lain) dan marah destruktif (marah yang ditumpahkan tanpa rasa bersalah).

3. Marah juga merupakan satu bentuk komunikasi. Kerana adakalanya orang lain memahami maksud yang ingin disampaikan ketika kita marah. Bentuk penyampaian marah adalah pelbagai, bergantung pada lingkungan dan keadaan sosial budaya yang membentuknya. Di Jepun , orang sering diam saat marah kerana memang orang-orang Jepun tidak terbiasa mengekspresikan perasaannya. Berbeza dengan orang Amerika yang lebih berterus terang mengungkapkan perasaannya atau sama halnya dengan Suku Batak di tanah air kita.

4. Marah adalah manusiawi. Marah yang boleh memberi kesan buruk adalah marah yang tidak dikendalikan. Sebaliknya bila anda mampu mengendalikan amarah dengan tepat, maka ekspresi kemarahan anda justeru akan menyihatkan. Hal ini sudah terbukti pada sebuah penelitian yang menyatakan marah akan lebih baik daripada memendam perasaan jengkel.



5. Bagaimana marah yang menyihatkan itu? Yakni marah yang beralasan yang bukan kerana faktor subjektif semata. Lontarkan kemarahan atau kejengkelan anda sewajarnya saja. Sampaikan, penyebab utama kejengkelan itu. Bukan marah yang sekadar menuruti emosi yang meledak-ledak, kemudian melampiaskannya melalui kata-kata, ekspresi dan perlakuan yang kasar kerana ia dapat merugikan orang lain. Untuk itu, dalam keadaan marah kita harus bersikap rasional. Sehingga kemarahan itu jadi lebih terkendali

6. Bagi anda yang selama ini kerap marah tanpa alasan kuat, ada 4 langkah yang dapat dilakukan:

- Mengidentifikasi kesalahan sikap dan pendirian yang memengaruhi seseorang menjadi marah secara berlebihan. Bila telah diketahui dan diperbaiki kesalahan ini, umumnya Anda bakal lebih mudah mengendalikan marah.

- Mengidentifikasi faktor-faktor dari masa kecil yang menghambat kemampuan untuk mengekspresikan amarah. Faktor-faktor ini termasuk ketakutan, penolakan dan ketidaktahuan.

- Mempelajari cara tepat untuk mengekspresikan kemarahan sehingga tetap dapat menguasai situasi yang menimbulkan kemarahan itu, bahkan secara lebih efektif.

- Menutup luka-luka yang mungkin tertinggal oleh pengaruh emosional dari kemarahan yang menghancurkan.


MENANGIS

1. Menangis adalah ekspresi dari emosi yang dipercaya dapat meningkatkan kesehatan. Hal ini dipicu kerana air mata yang keluar saat menangis mengandung zat mangan dan hormon prolaktin yang cenderung meningkat ketika seseorang dilanda frustrasi/depresi. Keluarnya kedua zat tersebut dari tubuh secara otomatis menurunkan depresi yang tengah diderita.


2. Ada 3 jenis air mata. 


- Pertama, air mata basal yang diproduksi untuk melubrikasi mata secara teratur. 
- Kedua adalah air mata yang keluar secara refleks karena dipicu oleh iritasi yang dapat terjadi oleh pengaruh bawang atau lainnya. 

- Ketiga adalah air mata yang keluar kerana pengaruh emosi. Jenis air mata terakhir inilah yang memiliki zat mangan dan hormon prolaktin tertinggi. Jadi, ketika seseorang menangis  kerana emosi yang melanda dirinya, keluarnya air mata tersebut secara naluriah mengurangi perasaan depresi yang ada hingga tubuh mencapai kondisi stabil.

3. Menangis yang sihat adalah menangis sepuasnya hingga rasa sedih atau beban emosi yang membebani terasa berkurang. Dengan begitu, kita dapat akhiri menangis dengan timbulnya perasaan lega.

TERTAWA

1. Tertawa bermanfaat untuk kesihatan. Tertawa melepaskan tenaga positif yang menstimulasi otak untuk melepaskan pemikiran-pemikiran negatif mahupun depresi yang dialami tubuh. Menurunnya tingkat depresi pada tubuh menyebabkan sistem kekebalan tubuh pun meningkat secara otomatis sehingga tubuh terasa lebih segar dan sihat.



2. Ketika tertawa, tubuh akan menghasilkan hormon endorphine yang memberikan rasa nyaman bagi tubuh (sebagai penenang alami). Tertawa dapat meredakan stres bahkan dipercaya dapat membuat orang lebih awet muda.

3. Tertawa juga dipercaya dapat bermanfaat untuk membantu proses penyembuhan atas suatu penyakit yang tengah diderita. Dengan tertawa peredaran darah dalam tubuh akan lancar, kadar oksigen dalam darah meningkat. Selain itu, tekanan darah akan normal.



4. Tertawa yang sihat adalah yang lepas, gembira dan dilakukan dengan sepenuh hati. Ketika tertawa, otot-otot di sekitar wajah pun mendapatkan stimulasi. Sehingga dapat sekaligus untuk senam wajah, mengendurkan ketegangan otot-otot di wajah


P/S: Fakta ini Mrs. Mimi terlintas apabila terfikir "Kenapa Mrs. Mimi akan menangis bila terasa marah atau geram lebih-lebih lagi selepas marahkan seseorang..." Jadi mari kita renung-renungkan, manfaat perasaan-perasaan di atas..  >_<

Comments

Popular posts from this blog

GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY

Mrs. Mimi     buat Giveaway kali kedua ini kerana GA kali ini ada pihak yang berbesar hati nak taja hadiah. Jadi terdapat 10 orang yang bakal memenangi hadiah yang disediakan....Maka makin happing dan syok untuk para peserta.... Peluang untuk memenangi amat besar, jadi sila sertai dan ajak rakan-rakan blogger anda yang lain join...Jika penyertaan menggalakkan, hadiah akan bertambah lagi...Insyaallah... Syarat-syarat Penyertaan 1. Mesti jadi follower:   PeoNy PiNky OzZie ZyMah DyaHaHa 2. Buat entry tajuk :   " GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY " 3. Letak banner macam kat ATAS TU : (Bahagian sidebar dan dalam entry post) 4. Tag 2 orang rakan anda...Pastikan mereka tahu mereka di tag... 5. Link kan post entry anda di bahagian komen bawah entry ini ...   6. Tarikh tamat penyertaan pada  20 JULAI 2011 jam 12 tengah malam. p/s: Mereka yang bernama di atas itu juga adalah penaja dan juri untuk menyemak syarat penyertaan...

JOM JOIN GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY!!!

STICKY POST ( 30/04/2011) SILA SCROLL DOWN UNTUK ENTRY POST TERBARU) Festime Mrs. Mimi buat Giveaway ni...Mula-mula takut gak, mana tahu tak ada orang join...Tapi buat jela, coz sempena bulan April yang akan tiba ini, Mrs. Mimi nak bagi hadiah dan mereka yang bertuah.. Maklum la, Mrs. Mimi lahir bulan April... Kebetulan bulan April memang bulan fevet Mrs. Mimi . Hopefully ramai yang join... Hadiah nanti Mrs. Mimi update next entry....Jika penyertaan menggalakkan, hadiah dan pemenang akan di tambah... Syarat-syarat Penyertaan 1. Mesti jadi follower PeoNy PiNky 2. Buat entry tajuk : " GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY " 3. Letak banner macam kat bawah ni : (Bahagian sidebar dan dalam entry post) 4. Tag 3 orang rakan anda...Pastikan mereka tahu mereka di tag... 5. Link kan post entry anda di bahagian komen bawah entry ini ... 6. Tarikh tamat penyertaan pada 30 APRIL 2011 jam 12 tengah malam. Buat permulaan, Mrs. Mimi nak tag: Zaimah Khumaera Yaya

I ♥ HANDMADE....

Ekceli, tak la terer sangat nak buat kraf-kraf tangan yang kreatif dan superb cantik-cantik tu...setakat sikit-sikit, boleh la...tapi serious aku memang suka handmade ni, nampak unik dan lain dari yang lain... Jom tengok hasil titik peluh tangan sendiri mengait...hehehe... mafla untuk si dia...   ni mafla khas untuk akak aku @ ALONG Ni mafla gak, tolong member aku buat...hehe...tiba-tiba gatal tangan tu rajin nak pi tolong dia...hehe... p/s: nak tengok lebih banyak lagi barang-barang yang buat sendiri...  JOM SINGGAH dan FOLOW BLOG  CUTE BEAUTY LINE .. !!! walaupun baru je promote dalam blog dan facebook, mereka sebelum ni dah pernah menerima tempahan dari kenalan terdekat dan sedara- mara,so ni nak bagi peluang kat semua memiliki barangan yang limited edition tu... kebanyakkan customer berpuas hati dengan hasil barangannya, yang penting sebab LIMITED EDITION dan majority semua barang by handmade...