Skip to main content

"Makeup" - Tips Foundation @ Bedak asas...

Sabtu lepas, Mrs. Mimi nak pergi shopping barang kat Amway shop, PJ....Konon nak beli barang-barang untuk Mr. B saje...Sekali bila dah ternampak makeup ARTISTRY ni, terus Mrs. Mimi ambik peluang nak try...Maklum la, dulu time budak-budak pandang bedak compact pun tak heran...sekarang nampak blusher,eyeshadow,foundation yang kiut-kiut je warnanya, konferm nak beli...huhu...(konon dah perempuan la)...Bulan ni memang bajet nak beli barang makeup untuk untuk nak melawa-lawa nanti..huhu...So Mrs. Mimi nak try foudation yang macam bawah ni:

Setahu Mrs. Mimi kalau kita nak beli foudation, kita kena try kat tangan dulu...Lepas itu pastikan ia tidak terlalu cerah dengan kulit asal. Mrs. Mimi Supaya wajah kita tidak nampak macam pakai topeng...



Disebabkan dah rambang mata.Mrs. Mimi  minta pendapat Mr. B...Okay ke tidak, terang sangat ke tak???Tapi entah macam mana ntah, Mrs. Mimi boleh LURUS je ikut cakap Mr. B...Pastu korang nak tahu, boleh plak dengan muka serius. Mr. B suruh Mrs. Mimi jelir lidah, nak tengok warna lidah dengan bedak tu...Tanpa disedari Mrs. Mimi pun mengikut je arahan Mr. B... Bila dah kali kedua suruh jelir lidah...Mrs. Mimi baru tersedar...Wei, apa kena mengena lidah dengan foundation ni!!!! Tak pasal-pasal pak guard tu senyum-senyum je tengok aku...Haishhhhh!!! BERTUAH punya Mr. B...Memang kena debik Mr. B ni!!!
Terus Mr. B minta maaf dan cakap dia saje bergurau..Tapi yang Mrs. Mimi pun satu, kepala dah fikir macam-macam time tu sampai tak sedar yang Mr. B tu mana la pandai pasal bedak-bedak ni...Biasa ye makeup artis je yang pakaikan kat dia tu...huhu....Nasib baru 2 kali, jelir....kalo Mrs. Mimi  tak sedar tu, silap-silap customer lain pun tergelak tengok aksi kteorang...Mrs. Mimi  nak kongsi kat korang tips pasal Foundation @ Bedak asas....Selamat mencuba!!! http://www.emocutez.com



BAGAIMANA MEMILIH BEDAK ASAS?
1. Pilih bedak asas yang sewarna/sekata dengan kulit anda agar tidak bertompok dan kelihatan seperti topeng pada muka. 
2. Setiap kali membeli, cuba sedikit dahulu untuk melihat kesesuaiannya pada kulit anda.
3. Elakkan dari membeli bedak asas yang terlalu cerah dari kulit asal. Tapi jangan terlalu gelap pula...
4. Bedak asas berpigmen kekuningan adalah paling sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mampu menstabilkan  warna alat solek dan nampak sebati dengan kulit.


TIP SAPUAN BEDAK ASAS.
1. Gunakan span atau hujung jari.
2. Jika inginkan sapuan nipis tetapi menggunakan bedak asas yang tebal, basahkan span dengan pelembab atau sedikit air.
3. Gunakan "concealer" terlebih dahulu, terutama pada parut, kesan jerawat atau bintik-bintik hitam, selepas itu sapu bedak asas agar seimbang.
4. Lindungi mata yang sembab dengan sapuan bedak asas disekitar mata.Gunakan warna yang lebih cerah dan ratakan.


TIPS MEMILIH BEDAK ASAS MENGIKUT WARNA KULIT.
1. Kulit putih: pilih warna cerah "pinkish".
2. Kulit tan: pilih warna coklat keperangan.
3. Kulit gelap: Pilih warna coklat dan kekuningan tembaga ( bronze).


TIPS MEMILIH BEDAK ASAS MENGIKUT JENIS KULIT.
1. Kulit kering: pilih jenis cecair.
2. Kulit berminyak: Guna jenis stick sahaja.
3. Kulit sensitif: Gunakan concealer terlebih dahulu dan pilih jenis stick atau cream.
4. Kulit normal: bebas menggunakan semua jenis bedak asas.

Comments

  1. jelir lagi.. jelir lagi... hhaahhaaa.. saba je laa. boleh tak perasan buah ati tengah memain..

    ReplyDelete
  2. Piah Becok : hahaahaha....tu la,sabar jela...kne main2 plak ngn dia...nasib time tu xrmai customer...huhu ;p

    ReplyDelete
  3. hahahaha samat jahat lahhh :D

    ReplyDelete
  4. yanyan:bukan jahat tapi nakal!!! hahaha ;p

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!

Popular posts from this blog

JOM JOIN GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY!!!

STICKY POST ( 30/04/2011) SILA SCROLL DOWN UNTUK ENTRY POST TERBARU) Festime Mrs. Mimi buat Giveaway ni...Mula-mula takut gak, mana tahu tak ada orang join...Tapi buat jela, coz sempena bulan April yang akan tiba ini, Mrs. Mimi nak bagi hadiah dan mereka yang bertuah.. Maklum la, Mrs. Mimi lahir bulan April... Kebetulan bulan April memang bulan fevet Mrs. Mimi . Hopefully ramai yang join... Hadiah nanti Mrs. Mimi update next entry....Jika penyertaan menggalakkan, hadiah dan pemenang akan di tambah... Syarat-syarat Penyertaan 1. Mesti jadi follower PeoNy PiNky 2. Buat entry tajuk : " GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY " 3. Letak banner macam kat bawah ni : (Bahagian sidebar dan dalam entry post) 4. Tag 3 orang rakan anda...Pastikan mereka tahu mereka di tag... 5. Link kan post entry anda di bahagian komen bawah entry ini ... 6. Tarikh tamat penyertaan pada 30 APRIL 2011 jam 12 tengah malam. Buat permulaan, Mrs. Mimi nak tag: Zaimah Khumaera Yaya ...

GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY

Mrs. Mimi     buat Giveaway kali kedua ini kerana GA kali ini ada pihak yang berbesar hati nak taja hadiah. Jadi terdapat 10 orang yang bakal memenangi hadiah yang disediakan....Maka makin happing dan syok untuk para peserta.... Peluang untuk memenangi amat besar, jadi sila sertai dan ajak rakan-rakan blogger anda yang lain join...Jika penyertaan menggalakkan, hadiah akan bertambah lagi...Insyaallah... Syarat-syarat Penyertaan 1. Mesti jadi follower:   PeoNy PiNky OzZie ZyMah DyaHaHa 2. Buat entry tajuk :   " GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY " 3. Letak banner macam kat ATAS TU : (Bahagian sidebar dan dalam entry post) 4. Tag 2 orang rakan anda...Pastikan mereka tahu mereka di tag... 5. Link kan post entry anda di bahagian komen bawah entry ini ...   6. Tarikh tamat penyertaan pada  20 JULAI 2011 jam 12 tengah malam. p/s: Mereka yang bernama di atas itu juga adalah penaja dan juri untuk menyemak syarat penyertaan...

jom cuci sawang

 Hai semua, lamanya tinggal habis bersawang blog ni. setelah hampir bertahun-tahun tinggalkan, jom tolong mimi cuci sawang blog ni. 😂😂 korang, mimi nak bagitahu berita best, setelah bertahun-tahun menanti akhirnya, tomimi dapat princess 31 julai 2020 di hari raya aidiladha tahun lepas. Alhamdulillah, syukur setelah 2 orang putera akhirnya dikurniakan puteri. 😍 Semoga anak-anak Bonda dan walid diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, bijak, cerdik dan mengamalkan segala perintah Allah s.w.t. Aaamiin Ya Mujib.