Skip to main content

Hantaran Kahwin (Part 2)

Sabtu lepas, Mrs. Mimi  turum KL cari lapik dulang hantaran sambil shopping shawl...Kak ngah dan bakal pengantin (Kak Fea) pun join sekali jalan-jalan, sambil shopping... Shawl dah jumpa, banyak gak kteorang shopping... sampai setiap seorang mesti ada pegang 1 plastik..Iitu pun ada yang masuk kan sekali terus banyak-banyak plastik tu dalam 1 plastik...senang nak pegang..Habis pusing-pusing cari lapik dulang dari tengahari ke malam, tapi warna SILVER, susah betul nak cari... Dari GM plaza ke Chow kit, lepas itu, ke Jalan TAR, kemudian ke SOGO...(redah hujan bagai)...


 Berhenti makan kat FOODCOURT SOGO... Mrs. Mimi makan Yee Mee Sizzling...nyum2!!!
Suka sangat makan yee mee sizzling ni...
Kak ngah makan popiah kerak pe ntah, tapi sedap gak tuh!!! Festime rasa...hehe...Kak Fea makan Asam Laksa....Dia makan pun sampai habis, konferm sedap la tu...huhu...Lepas makan, kak ngah ajak makan ABC plak...Huyaaaaaaaaiii!!! Kembung perut Mrs. Mimi, kenyang sangat dah ni... Tapi ada gak rasa-rasa sikit la...Tak boleh banyak-banyak, kang selsema plak Mrs. Mimi. Maklum la, sekarang musim hujan, dah la sejuk-sejuk, pi balun ABC plak...huhu...Nasib memang, tak ada rasa nak makan, so ambik just rasa-rasa sedikit je...Orang selalu kata, buat basah-basah tekak je...Hahaks (Main bantai je, ntah betul ke tak, Mrs. Mimi pun tak pasti)....Lepas makan, kteorang sambung pencarian " Lapik dulang hantaran" lagi...Kali ini, ke SEMUA HOUSE....Jumpa tapi tak cukup, pastu mahal sangat, macam tak berbaloi je.. Akhirnya, masing-masing bergerak balik kerumah...Mrs. Mimi  sambung mencari pada keesokkan harinya di kawasan berhampiran rumah. Alhamdulillah, maybe tokey kedai tu pun dah kenal kteorang, coz masa along Mrs. Mimi  kawen, tunang hari itu, beli barang kat situ. Lapik dulang hantaran tu pun dah jumpa, murah pun murah, corak sama je, macam tak KL tu...Nasib tak beli kat KL...kalau tak dah membazir....Balik-balik beli barang je, Mrs. Mimi dan Along sambung buat hantaran...Yeah, hantaran dah siap!!! Tingal coklat, buah dan sireh junjung je... Ambik masa dua hari je buat, sabtu lepas dan malam semalam. Alhamdulillah, harap-harap bakal pengantin suka...(abang Shahrul dan kak Rafeah)... Yang lagi 3 tu buat minggu terakhir coz, takut lebam plak buah, beli awal-awal.Sireh plak, layu kalau buat awal sangat. Coklat tak boleh buat awl-awal, kang tak sempat jadi hantaran, tahu-tahu dah habis di makan...hehe...Nanti Mrs. Mimi update gambar-gambar hantaran dah siap tu taw...Tapi ke tunggu lepas majlis selesai, baru boleh publish...Tak suprise la, kalau orang lain tengok...hehe...

Comments

  1. hai saye da join awak :)join saye lak http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/signifikasi-anugerah-sam.html

    ReplyDelete
  2. TAYAR PANCIT : Thanz sudi join mimi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!

Popular posts from this blog

JOM JOIN GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY!!!

STICKY POST ( 30/04/2011) SILA SCROLL DOWN UNTUK ENTRY POST TERBARU) Festime Mrs. Mimi buat Giveaway ni...Mula-mula takut gak, mana tahu tak ada orang join...Tapi buat jela, coz sempena bulan April yang akan tiba ini, Mrs. Mimi nak bagi hadiah dan mereka yang bertuah.. Maklum la, Mrs. Mimi lahir bulan April... Kebetulan bulan April memang bulan fevet Mrs. Mimi . Hopefully ramai yang join... Hadiah nanti Mrs. Mimi update next entry....Jika penyertaan menggalakkan, hadiah dan pemenang akan di tambah... Syarat-syarat Penyertaan 1. Mesti jadi follower PeoNy PiNky 2. Buat entry tajuk : " GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY " 3. Letak banner macam kat bawah ni : (Bahagian sidebar dan dalam entry post) 4. Tag 3 orang rakan anda...Pastikan mereka tahu mereka di tag... 5. Link kan post entry anda di bahagian komen bawah entry ini ... 6. Tarikh tamat penyertaan pada 30 APRIL 2011 jam 12 tengah malam. Buat permulaan, Mrs. Mimi nak tag: Zaimah Khumaera Yaya ...

GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY

Mrs. Mimi     buat Giveaway kali kedua ini kerana GA kali ini ada pihak yang berbesar hati nak taja hadiah. Jadi terdapat 10 orang yang bakal memenangi hadiah yang disediakan....Maka makin happing dan syok untuk para peserta.... Peluang untuk memenangi amat besar, jadi sila sertai dan ajak rakan-rakan blogger anda yang lain join...Jika penyertaan menggalakkan, hadiah akan bertambah lagi...Insyaallah... Syarat-syarat Penyertaan 1. Mesti jadi follower:   PeoNy PiNky OzZie ZyMah DyaHaHa 2. Buat entry tajuk :   " GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY " 3. Letak banner macam kat ATAS TU : (Bahagian sidebar dan dalam entry post) 4. Tag 2 orang rakan anda...Pastikan mereka tahu mereka di tag... 5. Link kan post entry anda di bahagian komen bawah entry ini ...   6. Tarikh tamat penyertaan pada  20 JULAI 2011 jam 12 tengah malam. p/s: Mereka yang bernama di atas itu juga adalah penaja dan juri untuk menyemak syarat penyertaan...

jom cuci sawang

 Hai semua, lamanya tinggal habis bersawang blog ni. setelah hampir bertahun-tahun tinggalkan, jom tolong mimi cuci sawang blog ni. 😂😂 korang, mimi nak bagitahu berita best, setelah bertahun-tahun menanti akhirnya, tomimi dapat princess 31 julai 2020 di hari raya aidiladha tahun lepas. Alhamdulillah, syukur setelah 2 orang putera akhirnya dikurniakan puteri. 😍 Semoga anak-anak Bonda dan walid diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, bijak, cerdik dan mengamalkan segala perintah Allah s.w.t. Aaamiin Ya Mujib.