Skip to main content

ISU SENSITIF, teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet

Tajuk entry tak boleh bla kan, ISU SENSITIF, ye bukan isu perkauman mahu pun  politik atau gosip artis. Cuma cerita pasal seorang budak perempuan (BP) yang sangat sensitif. Kalau orang tak kenal dia, mesti cakap dia mengada-ngada, gedik tak pun apa-apa yang seumpama dengannya. Tapi kalau yang dah kenal dengan dia, mesti cakap "Itu la, kan dah cakap, JANGAN" tak pun macam ni "I dah kenal sangat U, kalau dah tahu tak boleh, kenapa nak buat juga?? " atau pun macam ni " Kesian I tengok U ni, tapi U pun degil, suka paksa diri tak bertempat" ataupun macam ni "Nanti U khawin, U suruh huby U ambik maid jela, tak ada lah U macam ni"...hahahahaa (boleh plak gelak, orang punya CARE kat dia, tapi dia boleh gelak-gelak bila orang nasihat). Pasal ambik maid tu, memang sangat tak setuju, semua itu boleh diatasi la.. Korang mesti pelik, ni sebenarnya cerita apa...Okay lah,al-kisahnya macam ini, ni kisah seorang budak perempuan yang mengalami satu masalah iaitu masalah ALLERGIC dan SENSITIF terhadap "Sabun serbuk, Habuk, Udang dan Belacan)... Orang melayu selalu menggunakan istilah "Resdung" untuk masalah yang dihadapi oleh BP ini. Teringat suatu hari ketika BP itu tumpang bermalam di rumah rakan baiknya iaitu A (bukan nama sebenar). Keesokkan harinya, mama A seperti biasa akan menyediakan makanan untuk anak-anak kesayangannya, maka secara tak langsung BP itu juga akan terlibat sama. Dipendekkan cerita, suatu BP itu sedang mandi, mama rakan baiknya masuk ke dapur dan mengoreng belacan serta menyediakan makanan lain untuk satapan. Suatu belacan itu di goreng, secara tidak langsung sesuatu telah berlaku kepada BP didalam tandas, hidung BP mula terasa tidak selesa seperti ada sesuatu yang menganggu ruangnya untuk bernafas. Dengan tidak sengajanya, BP telah bersin dengan kuat di dalam tandas menyebabkan hampir bergegar tandas rumah A. A dengan pantas berkata dengan mamanya "Mama, BP tu sensitif dengan belacan ni" Mamanya membalas "Kenapa tak cakap awal-awal", maka BP keluar dengan rasa serba salah dan berkata " Hurm, tak pe lah makcik, kecil punya hal je"... Pada malam kejadian, keadaan BP mula berubah, tubuh badanya mula mengigil, hidungnya merah macam badut, tetapi dia berlakon seperti tiada apa yang berlaku pada dirinya. A yang memahami BP, memberi ubat agar dapat mengurangkan kesakitan yang dialami BP. Malam itu BP tidur dengan lena seperti biasa. Keesokkan harinya, BP bangun seperti biasa dengan keadaannya yang lebih baik daripada malam semalam. BP memohon maaf kepada mama A kerana kejadiaan semalam, mama A yang memahami keadaan BP, menasihati agar BP menjaga pemakanannya supaya kejadian tidak berulang. Sebenarnya ni kisah Mimi masa sekolah dulu, dan perkara yang sama berulang lagi, tapi bukan dengan belacan tapi dengan cik Habuk. Empat hari lepas, bangun pagi okay je rasa SIHAT walafiat, pergi kerja, balik kerja pun okay. Tiga hari lepas plak, balik kerja dah mula rasa tak sedap badan.Tekak rasa sakit sangat macam luka. Nak cakap pun rasa malas, sebab sakit. Nak kata minum ais, hurm ada ke?? Entah la, mimi rasa tak ada kot. (Ye laaaaaaaaa, okay, mimi mengaku lunch tu, mimi order air ice cream soda + ais), tapi tak banyak pun, mimi minum bila ais dah cair. Tak kan tak boleh gak!!! Duahari lepas, masa buat kerja dah mula petanda-petanda lain plak. Petanda pertama: BERSIN (kuat gila + banyak kali). Kedua: Tiba-tiba badan terasa mengigilhttp://www.emocutez.com (sejuk sangaaaaaaaaaaaaaaaaaat!!!) Ketiga:Batuk (Nasib tak teruk sangat) Ya, Mimi SENSITIF, sebab tu selalu sakit (selsema dan demam)...Ingat mimi nak ke macam ni,disebabkan kerja, buat jela...Semalam lepas lunch je, http://www.emocutez.com balik..Perit je tekak..Balik rumah, mimi minum madu gamat,baru lega sedikit tekak..Hari ini, alhamdulillah dah semakin berkurangan...Terima kasih kepada Mr. Bard sebab dia bagi ubat allergic hari itu, mimi simpan je, sejak sakit ni, baru makan.Kalau tak memang kena telan Panadol jela... 

-TAMAT-


Pengajaran: Beringat-ingat sebelum kena, Jangan jadi budak nakal dan degil macam BP tadi tu...hehee

Comments

Popular posts from this blog

JOM JOIN GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY!!!

STICKY POST ( 30/04/2011) SILA SCROLL DOWN UNTUK ENTRY POST TERBARU) Festime Mrs. Mimi buat Giveaway ni...Mula-mula takut gak, mana tahu tak ada orang join...Tapi buat jela, coz sempena bulan April yang akan tiba ini, Mrs. Mimi nak bagi hadiah dan mereka yang bertuah.. Maklum la, Mrs. Mimi lahir bulan April... Kebetulan bulan April memang bulan fevet Mrs. Mimi . Hopefully ramai yang join... Hadiah nanti Mrs. Mimi update next entry....Jika penyertaan menggalakkan, hadiah dan pemenang akan di tambah... Syarat-syarat Penyertaan 1. Mesti jadi follower PeoNy PiNky 2. Buat entry tajuk : " GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY " 3. Letak banner macam kat bawah ni : (Bahagian sidebar dan dalam entry post) 4. Tag 3 orang rakan anda...Pastikan mereka tahu mereka di tag... 5. Link kan post entry anda di bahagian komen bawah entry ini ... 6. Tarikh tamat penyertaan pada 30 APRIL 2011 jam 12 tengah malam. Buat permulaan, Mrs. Mimi nak tag: Zaimah Khumaera Yaya ...

GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY

Mrs. Mimi     buat Giveaway kali kedua ini kerana GA kali ini ada pihak yang berbesar hati nak taja hadiah. Jadi terdapat 10 orang yang bakal memenangi hadiah yang disediakan....Maka makin happing dan syok untuk para peserta.... Peluang untuk memenangi amat besar, jadi sila sertai dan ajak rakan-rakan blogger anda yang lain join...Jika penyertaan menggalakkan, hadiah akan bertambah lagi...Insyaallah... Syarat-syarat Penyertaan 1. Mesti jadi follower:   PeoNy PiNky OzZie ZyMah DyaHaHa 2. Buat entry tajuk :   " GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY " 3. Letak banner macam kat ATAS TU : (Bahagian sidebar dan dalam entry post) 4. Tag 2 orang rakan anda...Pastikan mereka tahu mereka di tag... 5. Link kan post entry anda di bahagian komen bawah entry ini ...   6. Tarikh tamat penyertaan pada  20 JULAI 2011 jam 12 tengah malam. p/s: Mereka yang bernama di atas itu juga adalah penaja dan juri untuk menyemak syarat penyertaan...

jom cuci sawang

 Hai semua, lamanya tinggal habis bersawang blog ni. setelah hampir bertahun-tahun tinggalkan, jom tolong mimi cuci sawang blog ni. 😂😂 korang, mimi nak bagitahu berita best, setelah bertahun-tahun menanti akhirnya, tomimi dapat princess 31 julai 2020 di hari raya aidiladha tahun lepas. Alhamdulillah, syukur setelah 2 orang putera akhirnya dikurniakan puteri. 😍 Semoga anak-anak Bonda dan walid diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, bijak, cerdik dan mengamalkan segala perintah Allah s.w.t. Aaamiin Ya Mujib.