Skip to main content

Tips untuk Percintaan Jarak Jauh

http://www.emocutez.com

1. Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.


2. Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?http://www.emocutez.com

3. Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

4.Tanyalah khabarhttp://www.cute-smiley.com

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini. Sekarang dah maju, boleh sms dan 3G lagi, sekurang-kurangnya, cara ini dapat mengurankan kerinduan yang dirasai.


5. Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.http://www.cute-smiley.com

6.Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.


p/s: Walaupun jauh, itu bukan alasan hubungan korang tak tahan lama. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..Kalau betul-betul korang sayangkan pasangan dan perhubungan korang, korang kena usaha dan terus usaha untuk jadikan perhubungan korang lebih menarik, jangan putus asa cepat itu yang terbaik. Nak motivate diri klik sinihttp://www.emocutez.com


Comments

  1. @anith chanxpela, bleh share dgn mber2 yg da pgalaman mcm ni...

    ReplyDelete
  2. setuju2.....erm..tp...syie punyer pakwer dekat sgt dgn tmpt tggl syie..so.....xrase mcamne cinte jarak jauh tuh...tp klo dpt...best jgakkn..mencabar sket..

    ReplyDelete
  3. @Nur Syahirah Hainanbest ye syie, ari2 leh jmpe kan???mimi dlu blajar tu yg trse jauh wlaupn stkt s.alam dgn slyang...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!

Popular posts from this blog

JOM JOIN GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY!!!

STICKY POST ( 30/04/2011) SILA SCROLL DOWN UNTUK ENTRY POST TERBARU) Festime Mrs. Mimi buat Giveaway ni...Mula-mula takut gak, mana tahu tak ada orang join...Tapi buat jela, coz sempena bulan April yang akan tiba ini, Mrs. Mimi nak bagi hadiah dan mereka yang bertuah.. Maklum la, Mrs. Mimi lahir bulan April... Kebetulan bulan April memang bulan fevet Mrs. Mimi . Hopefully ramai yang join... Hadiah nanti Mrs. Mimi update next entry....Jika penyertaan menggalakkan, hadiah dan pemenang akan di tambah... Syarat-syarat Penyertaan 1. Mesti jadi follower PeoNy PiNky 2. Buat entry tajuk : " GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY " 3. Letak banner macam kat bawah ni : (Bahagian sidebar dan dalam entry post) 4. Tag 3 orang rakan anda...Pastikan mereka tahu mereka di tag... 5. Link kan post entry anda di bahagian komen bawah entry ini ... 6. Tarikh tamat penyertaan pada 30 APRIL 2011 jam 12 tengah malam. Buat permulaan, Mrs. Mimi nak tag: Zaimah Khumaera Yaya ...

GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY

Mrs. Mimi     buat Giveaway kali kedua ini kerana GA kali ini ada pihak yang berbesar hati nak taja hadiah. Jadi terdapat 10 orang yang bakal memenangi hadiah yang disediakan....Maka makin happing dan syok untuk para peserta.... Peluang untuk memenangi amat besar, jadi sila sertai dan ajak rakan-rakan blogger anda yang lain join...Jika penyertaan menggalakkan, hadiah akan bertambah lagi...Insyaallah... Syarat-syarat Penyertaan 1. Mesti jadi follower:   PeoNy PiNky OzZie ZyMah DyaHaHa 2. Buat entry tajuk :   " GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY " 3. Letak banner macam kat ATAS TU : (Bahagian sidebar dan dalam entry post) 4. Tag 2 orang rakan anda...Pastikan mereka tahu mereka di tag... 5. Link kan post entry anda di bahagian komen bawah entry ini ...   6. Tarikh tamat penyertaan pada  20 JULAI 2011 jam 12 tengah malam. p/s: Mereka yang bernama di atas itu juga adalah penaja dan juri untuk menyemak syarat penyertaan...

jom cuci sawang

 Hai semua, lamanya tinggal habis bersawang blog ni. setelah hampir bertahun-tahun tinggalkan, jom tolong mimi cuci sawang blog ni. 😂😂 korang, mimi nak bagitahu berita best, setelah bertahun-tahun menanti akhirnya, tomimi dapat princess 31 julai 2020 di hari raya aidiladha tahun lepas. Alhamdulillah, syukur setelah 2 orang putera akhirnya dikurniakan puteri. 😍 Semoga anak-anak Bonda dan walid diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, bijak, cerdik dan mengamalkan segala perintah Allah s.w.t. Aaamiin Ya Mujib.