Kata-kata hikmah...
- Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir
itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu
pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu
akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. - Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
- Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik .
- Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera - Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
- Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
- Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
- Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
- Hadiah Terbaik : Kepada kawan - KesetiaanKepada musuh - KemaafanKepada ketua - KhidmatKepada yang muda - Contoh terbaikKepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.Kepada pasangan - Cinta dan ketaatanKepada manusia - Kebebasan
- Wanita/perempuan diciptakan bukan daripada tulang rusuk atas untuk memerintah, bukan daripada rusuk bawah untuk dipijak, tetapi terletaknya rusuk itu di bahagian dada dan berdekatan dengan tangan bermakna tangan yang membelai dan hati yang mempunyai perasaan dan kasih sayang.
Comments
Post a Comment
Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!