Rasanya tak terlambat lagi Mrs. Mimi dan Mr. B nak berkongsi kegembiraan dan kesyukuran kami diatas kelahiran putera sulung kami.
Alhamdulillah... Syukurku kehadratmu Ya Allah. Putera Mrs. Mimi dan Mr. B selamat dilahirkan secara normal pada jam 12.19pm waktu tempatan di Hospital Sg Buloh dengan berat 2.97 Kg. Thank you so much pada semua yang sentiasa mendoakan Mrs. Mimi dan baby selamat.
Hari Pertama dilahirkan |
Bersama walid tercinta di hari pertama |
Alhamdulillah, sudah sebulan usia putera sulung Mrs. Mimi dan Mr. B . Suntikan bulan pertama pun sudah dapat, alhamdulillah putera kami sihat. Nama putera kami adalah Zunnur Muhammad Zuhailey bin Zufadzli yang bermaksud Yang memiliki cahaya Muhammad yang tenang. Semoga anakku sentiasa menjadi orang yang tenang dalam menempuhi cabaran hidup yang akan datang.
Kepenatan selepas sehari di klinik (1 bulan) |
Hari-hari terakhir berpantang, putera kami dah mula tak nak bedung. Bila kain bedung dibuka, mula la dia beraksi...
Bila dia mula beraksi. |
Okaylah, idea Mrs. Mimi nak mengarang pun dah tak ada, jumpa post akan datang... Masa untuk tidurkan Zuhailey.. Tatataatititutu...
p/s: Bonda dan walid sayang Zuhailey sangat-sangat, kehadiran dirimu amat bermakna sayangku...
Comments
Post a Comment
Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!