Hari-hari terakhir puasa, patutnya entry ni malam raya tapi bzy sangat uruskan persiapan raya, tak dapat la nak update blog ni...
Hari mantai ayah aku macam biasa akan menjual daging, tak kira la daging lembu, kerbau, kambing, ayam...huhu...melampau-lampau plak,selalunya jual daging lembu je...bukan setakat daging, otak, kepala, ekor, tulang, perut, kaki dan mana-mana yang berkaitan... Biasanya aku tolong gak ayah aku, aku jadi cashier... tapi dis year kene kerja plak, tak den nak tolong...korang semua tahu ke, apa itu Hari Mantai???
Okay la, meh aku kongsi dengan kowang... Biasanya guna perkataan mantai ni kat Kat Negeri Sembilan.... Negeri lain tak pasti guna perkataan apa. Biasanya Hari Mantai ni berlangsung sehari sebelum puasa dan sehari sebelum raya. Biasanyalah.
"Hari mantai adalah salah satu tradisi di Negeri Sembilan, di mana orang menjual daging segar pada hari melihat melihat anak Bulan. Pada hari itu, orang sibuk menjual dan membeli daging lembu segar, daging kerbau dan ayam. Pada masa yang sama, perempuan juga sibuk memasak ketupat, dodol, lemang dan rendang"
Jom tengok aksi-aksi ayah aku berniaga:
Sebenarnya dia dah habis berniaga time kteowang datang ni... ni dia tolong bahagian tempat pakcik aku meniaga sambil-sambil tunggu waktu berbuka puasa...
Lepas berbuka puasa biasanya pukul 8.30 pengumuman raya akan keluar kat TV...Pengumuman Hari raya, itu yang selalu dinanti-nantikan ketika hari-hari terakhir berpuasa ni...Jom tengok pengumuman raya:
Habis je pengumuman raya, budak-budak kecik mesti menjerit
ESOK RAYA!!!
Macam biasa malam raya masing-masing sibuk, yang tak sibuk pun nak gak buat-buat sibuk...budak-budak kecik sibuk nak main bunga api dan mercun lagi...mak,makcik-makcik, wan aku plak sibuk masak-masak kat dapur tu..aku plak, macam biasa setiap tahun same je tugasnya iaitu "
Ini la rutin aku setiap tahun, mengosok baju mereka-mereka yang bertuah ini di malam raya atau di pagi raya...tapi raya kali ini tiba-tiba atuk aku nak bermanja-manja plak, minta tolong iron baju dia...tak kesah la...atok aku gak...kalau bukan cucunya yang sorang ni rajin, siapa lagi kan nak minta tolong...hehe perasaan perasan disitu...huhu
Di pagi hari raya, mulut aku tiba-tiba ternyanyi lagu Yuna- Oh yeah
Syawal kali ini ku tak sabar
Hati terasa berdebar-debar
Oh yeah
Diri sudah berpunya
Cinta di hari raya
STOP!!!!kang nangis plak kowang dengar aku nyanyi..berbalik pada entry, di pagi raya masing-masing semangat bangun pagi, semangat raya yang berkobar-kobar la konon...sekali berebut bilik air... yang paling best ambik turn mandi tu, siap beratur depan pintu...hahahaks~
Jom usha gambar-gambar di Hari Raya Aidilfitri 2010:
Raya pertama:
My Luvly Family
(along je tak da coz dia kat uma mertua)
My BIG Family...
ni baru dua keluarga, belum semua kumpul lagi...kalau semua kumpul memang padat la...tak cukup corum kot...
ni Family Pak Uda aku...serba hijau di hari raya pertama...time ni kat uma mak long....tiba-tiba terselit adik lelaki aku... beliau adalah satu-satunya adik lelaki kandung aku...nak tahu mana...lelaki yang duduk bawah tu...
Raya tahun ni tak pasal-pasal majoriti family aku baik yang kecik ke besar, berseledang bagai...
Bersama ibunda tercinta...
Serba hijau daku dihari raya aidilfitri yang pertama...
ketika di rumah wan ngah lanjut...
anak beranak serba hijau, dari kiri pak uda(uda, nape mata tu), wani dan zai...
Raya kedua:
Serba biru coklat...
Masa aku dan sekeluarga banyak habis didalam kereta...
Raya dalam kereta la, tahun ni...
Raya ketiga:
ni kat uma tok su di melaka sg. duyung...
aku bersama kakak ku (along)
along bersama suaminya tersayang...
Kami berempat....sebenarnya ada lagi sorang adik beradik perempuan aku...jap ye...
adik aku yang last, yang pakai baju itam putih...dan dan time ni dia malu nak take picture plak...
Hari yang mulia ini, mari kita bermaafan sesama kita...Saya selaku pemilik blog ini, nak minta maaf jika ada terkasar bahasa, terlepas kata atau apa yang salah...harap di maafkan...
Selamat Hari Raya Aidilfitri
untuk semua pembaca blog ini...Kepada keluargaku yang tercinta, buah hati chenta hati aku, BFF, kawan-kawan FB, MYSPACE dan pada semua yang mengenali diri ini....
hye..slamat ari raye mieza...pnjg umo kite ketemu lagi..=)
ReplyDeleteyana:selamat hari raya
ReplyDelete;)