Hai semua, lamanya tinggal habis bersawang blog ni. setelah hampir bertahun-tahun tinggalkan, jom tolong mimi cuci sawang blog ni. 😂😂 korang, mimi nak bagitahu berita best, setelah bertahun-tahun menanti akhirnya, tomimi dapat princess 31 julai 2020 di hari raya aidiladha tahun lepas. Alhamdulillah, syukur setelah 2 orang putera akhirnya dikurniakan puteri. 😍 Semoga anak-anak Bonda dan walid diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, bijak, cerdik dan mengamalkan segala perintah Allah s.w.t. Aaamiin Ya Mujib.
Lama tak berblogging ni. Rindu...tapi ... Abaikan jela negatif mood tu. Nak cerita, tadi saje la buka blog ni, then terbaca entry time berita baik dapat putera kecik dari dalam perut hingga selamat dilahirkan. Mimi tunjuk gambar putera kecik kat dia, putera kecik cakap "bonda,baby". Mimi pun cakap "ni Zuhailey masa baby", "ni zuhailey masa dalam perut bonda". Terus Zuhailey pegang perut bonda sambil cakap "Zuhailey,perut bonda"... hahaha Tak mampu nak kata apa dah. Anak ku dah makin membesar, alhamdulillah. Semoga terus membesar jadi anak yang soleh dan berilmu.